Carrot Cake merupakan satu sajian masyarakat Cina. Sajian ini adalah antara sajian kegemaran saya. Selalunya sajian ini boleh didapati di pasar malam atau kopitiam.
Carrot Cake ini cara masakannya agak sama dengan kuey teow goreng cuma bahan utamanya berlainan. Kalau kuey teow goreng menggunakan kuey teow, sajian ini menggunakan kek lobak yang di stim dan dipotong menjadi dadu.
Pekara yang paling menarik mengenai Carrot Cake ini ialah gaya kung fu tukang masak. Mereka amat serius dan tumpu pada kuali. Bunyi bising kuali diketuk adalah normal. Selalunya pesanan akan di ambil oleh pembantu mereka.
Carrot Cake Taman U
Harga = RM4.50
Kualiti = 4 bintang
No comments:
Post a Comment