Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah, Wisma Negeri, Ayer Keroh, Melaka. |
Tugasan hari ini membawa jauh ke Melaka. Bertempat di Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah. Tempat ini merupakan tempat bagi orang ramai menguruskan hal-hal hakmilik tanah. Sama ada memohon, bayar cukai, pecah bahagi, gaduh rebut pusaka, rebut tanah dan sebagainya. Boleh dikatakan tempat ini menjadi pentas drama kehidupan la juga.
Disebalik tempat yang cukup sibuk dengan urusan pentadbiran tanah. Terdapat satu ruang yang membolehkan orang ramai berehat iaitu kafeteria. Seperti biasa, setiap bangunan kerajaan akan wujud kafeteria sebagai kemudahan utk orang ramai menjamu selera.
Di sini agak unik kerana hanya terdapat 4 gerai yang berlainan dan menjual sajian yang berbeza. Gerai pertama menjual kuih muih, kedua menjual minuman, ketiga menjual yong tau fu dan yang keempat menjual masakan kampung/melayu.
Gerai pertama. Sajian kuih muih cukup menyelerakan. |
Terlalu kenyang, segelas air limau ais cukup untuk menyegarkan badan. |
No comments:
Post a Comment