Sunday, June 7, 2015

Autodesk Solution Day 2015

Autodesk Solution Day, majlis khas yang dianjurkan khas oleh Autodesk Malaysia khas untuk pengguna dan pelanggan. Sebut sahaja Autodesk patut semua kenal atas produk Autocad. Itu dulu, sekarang Autodesk bukan lagi sekadar Autocad tetapi telah berkembang merangkumi pelbagai teknologi berasaskan CAD yang membuatkan kebanyakan kerja kejuruteraan bukan sekadar imaginasi lagi.

Tumpuan kali ini adalah berkisar inovasi terbaru autodesk dalam mengetengahkan konsep cloud dimana pelanggan akan melanggan perisian bila perlu dan semua proses adalah dalam talian. Banyak pengisian walaupun sehari. Akan tetapi tumpuan lain adalah makanan yang disediakan. Oleh kerana majlis di buat di Hotel Mandarin KLCC, maka makanan di cukup memuaskan hati yang hadir.

Pastri dan juga kuah murtabak. Gandingan yang pelik namun masih unik.


Kopi o tanpa gula. Sesuatu yang tidak boleh jarak.

Disamping itu, medan ini juga membolehkan pemain industri bertemu dan berinteraksi.


Antara inovasi terbaru Autodesk

Thursday, June 4, 2015

Lempeng Terminal Feri Raja Tun Uda



Lazimnya jika di negeri lain, roti canai akan menjadi pilihan ketika sarapan pagi. Namun lain bagi sebuah kedai makan di Terminal Feri Raja Tun Uda, Penang. Kesempatan ketika bengkel digunakan sebaik mungkin untuk melancong ke tempat menarik di sekitar Georgetown. 


Orang Penang mengalas perut sebelum mencari rezeki

Bas Rapid Penang. Amat efektif berbanding Rapid KL

Lempeng hangat dalam proses

Hotel Sentral Seaviews Penang

Hotel Sentral Seaviews, sebuah hotel yang terletak di Pulau Pinang. Kursus Pengambilan Tanah yang dianjurkan oleh MADA dengan ini membuka peluang untuk menjejak kaki ke hotel ini. Tidak sebagai menginap di hotel ini (hanya mampu hotel bajet berjarak 4 km dari sini) dan hanya sekadar peserta bengkel dan juga menjamu selera juadah yang disediakan.

Bagi saya sebagai pertama kaki menjejak kaki ke hotel ini, pandangan pertama ialah hotel ini cukup selesa bagi penginapan keluarga. Lokasi yang terletak berhampiran pantai memang sesuai untuk mendapatkan suasana santai dan membolehkan anak2 kecil lebih riang dengan percutian.

Berbalik kepada bengkel di hotel, tumpuan utama sepanjang bengkel ialah makan. Bukan selalu dapat makan di hotel. Jadi kesempatan digunakan sebaik boleh. Yang menarik dan kena dengan selera ialah buffet sarapan. Kopi o tanpa gula diganding dengan bakeri. Jadi lengkap sangat.





Monday, May 25, 2015

Tanjung Bungah : Mee Goreng Mamak

Kesibukan dalam masa sebulan cukup untuk buat blog ini tidak diupdate. Peperiksaan Amalan Kadaster harus dihadapi dengan persediaan secukupnya. Peperiksaan pun berlalu dan tugasan terbaru membawa aku ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara. 

Kedatangan aku ke sini bukan untuk melancong tetapi untuk menghadiri Kursus Pengambilan Tanah anjuran Jabatan Pengairan & Saliran Kedah. Macam biasa, jauh perjalanan kenyang perut merasa. 

Berdekatan dengan hotel (bajet) tempat menginap terdapat sebuah warung makan yang cukup ringkas. Hidangan mee goreng mamak. 



Warung ini menumpang bangunan kopitiam. Waktu pagi ialah waktu kopitiam beroperasi manakala waktu petang, warung mee ini pula beraksi.

Rasa sedap dan juga memuaskan. Harga RM 4.70 tunai,


Saturday, April 4, 2015

Carrot Cake Taman U Skudai

Carrot Cake merupakan satu sajian masyarakat Cina. Sajian ini adalah antara sajian kegemaran saya. Selalunya sajian ini boleh didapati di pasar malam atau kopitiam.

Carrot Cake ini cara masakannya agak sama dengan kuey teow goreng cuma bahan utamanya berlainan. Kalau kuey teow goreng menggunakan kuey teow, sajian ini menggunakan kek lobak yang di stim dan dipotong menjadi dadu.



Thursday, March 26, 2015

Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah

Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah, Wisma Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Tugasan hari ini membawa jauh ke Melaka. Bertempat di Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah. Tempat ini merupakan tempat bagi orang ramai menguruskan hal-hal hakmilik tanah. Sama ada memohon, bayar cukai, pecah bahagi, gaduh rebut pusaka, rebut tanah dan sebagainya. Boleh dikatakan tempat ini menjadi pentas drama kehidupan la juga.

Disebalik tempat yang cukup sibuk dengan urusan pentadbiran tanah. Terdapat satu ruang yang membolehkan orang ramai berehat iaitu kafeteria. Seperti biasa, setiap bangunan kerajaan akan wujud kafeteria sebagai kemudahan utk orang ramai menjamu selera.

Di sini agak unik kerana hanya terdapat 4 gerai yang berlainan dan menjual sajian yang berbeza. Gerai pertama menjual kuih muih, kedua menjual minuman, ketiga menjual yong tau fu dan yang keempat menjual masakan kampung/melayu.

Gerai pertama. Sajian kuih muih cukup menyelerakan.
Terlalu kenyang, segelas air limau ais cukup untuk menyegarkan badan.

RNR Seremban

RNR atau Hentian Rawat dan Rehat. Merupakan hentian persinggahan untuk pengguna lebuhraya di Malaysia. Selalunya RNR ini sinonim dengan kedai makan, kedai snek, kedai cenderamata dan juga tandas.

Lupakan yang lain dan tumpu kepada kedai makan yang menyajikan pelbagai jenis sajian. Tugasan hari ini yang memerlukan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan sebagai laluan utama membolehkan berhenti rehat di RNR Seremban arah selatan. RNR Seremban ini boleh dikatakan sebagai RNR utama dan tumpuan. 

Oleh itu selera bagi pengunjung disini juga cukup tinggi. Akan tetapi hentian kali ini cukup dengan makan tengahari.

Hidangan ringkas. Nasi putih, paru masak sambal dan juga pucuk ubi. Cukup selera.

Harga boleh tahan. Tapi makan kenyang janganlah mengadu nasib. 
Harga
Nasi Putih+Paru+Pucuk Ubi = RM 5.00
Kualiti = 4 Bintang