Wednesday, March 25, 2015

Mee Kicap Awan Besar

Apabila disebut mee kicap, ramai pasti akan teringat mee kicap yang cukup popular di Ipoh, Perak. Berbeza dengan mee kicap wantan versi cina. Mee kicap ini serba ringkas dengan bahan utama adalah mee kuning yang sering digunakan dalam sajian mee goreng. Ia diadun bersama ramuan khas kicap dengan tauge dan bahan lain seperti daging ayam. ia disajikan bersama dengan semangkuk sup.

Baru-baru ini peluang untuk menikmati makan malam bersama rakan-rakan tidak disia-siakan. Bertempat di Hentian Rawat Awan Besar, Lebuhraya KESAS, saya dapat menikmati hidangan mee kicap. 

Restoran Sinar Desa, bersebelahan dengan Sate Kajang Hj Samuri menyajikan sajian mee kicap.
Ringkas. Inilah mee kicap Ipoh.
Harga
Mee Kicap = RM 5.00
Kualiti = 3.8 Bintang

No comments:

Post a Comment