Peluang ini tidak dilepaskan begitu semasa melakukan tugasan luar di Pekan Hulu Langat. Semasa umat Islam sedang bersiap untuk melaksanakan sembahyang Jumaat, saya mencari lokasi yang terbaik untuk mengalas perut.
![]() |
Bangunan lama yang semakin ditelan kemodenan. Satu kerugian sekiranya tidak dipelihara. |
![]() |
Jalan menuju ke Sungai Tekali dan juga Semenyih |
Pekan Hulu Langat terdiri daripada dua kaum utama iaitu Melayu dan Cina. Jadi di pekan kecil ini dapat diperhatikan begitu banyak bangunan rumah kedai lama. Yup, disitulah lokasi makan tengahari yang terbaik. Antara semua kedai terdapat sebuah kedai yang kelihatan menarik. Kedai Kopi Tian Loy.
![]() |
Kedai Kopi Tian Loy |
Sebagaimana kedai kopi lain, ia menyajikan masakan tengahari dan juga minuman tetapi yang menjadikan ia menarik perhatian ialah hidangan mee dan kuey teow. Semestinya pilihan kali ini ialah kuey teow sup.
![]() |
Cili jeruk, pelengkap kepada hidangan mee atau kuey teow. |
![]() |
Kuey Teow Sup dan juga Teh Ais Kaw |
Kuey Teow Sup = RM 4.50
Teh Ais Kaw = RM 1.90
Kualiti = 4 Bintang
No comments:
Post a Comment